|
owner
![]() "Its means no worries for the rest of your days"
|
kehilangan.
aku ditinggalkan. aku kehilangan. cerita tentang aku dan sang arjuna. tika kita berjalan di persisiran pantai, pada awal perjalanan untuk ke hujung pantai, kau pernah berjanji tidak akan meninggalkanku. dan aku pula, telah meletakkan segala harapan kepadamu. aku buta dengan kasih sayang sehinggakan perkara yang melukakan aku, aku tidak pernah rasa, tidak pernah kisah, kerana tidak mahu kehilangan. tiba-tiba, di pertengahan perjalanan yang belum sampai penamatnya, kau mula melepaskan tanganku. kau mula rasa rimas akan kehadiranku. aku cuba bertahan. tetapi, akhirnya kau yang membuat keputusan untuk pergi. walaupun kau tahu, kata-kata yang aku lafazkan, aku tidak maksudkan ia. aku ditinggalkan di pantai itu seorang diri. kau berlalu pergi tanpa toleh kebelakang. kau dengar rintihan tangisanku tapi kau buat tak tahu. kau tetap mahu pergi. oh, aku pegang pada janjimu hingga aku berfantasi tentang persisiran pantai. tetapi, bila aku kembali pada realiti, aku memang sendiri. sang arjuna memang ingin pergi. walaupun aku tidak mahu melepaskan. sejak itu, aku berjanji kepada diriku untuk tinggikan ke-ego-an aku. sejak itu, aku berjanji kepada diriku untuk menanti kehadiranmu untuk kembali. tetapi, aku masih kehilangan. aku masih sendiri. aku tetap ditinggalkan. ya aku tahu terlalu banyak tetapi. jaga diri, sang arjuna. |
0 Comments:
Post a Comment