Love & Soul
Home About Stuffs Twitter Follow Dash

owner


"Its means no worries for the
rest of your days"


Instagram
Saturday 30 May 2015 • 10:34 • 0 comments




aku bukanlah kaki puisi,
aku bukanlah hebat berpujangga.

tapi,
aku ada perasaan jugak.
aku manusia biasa.
aku perlukan seseorang.

seseorang yang boleh memahami aku.
itu lebih dari cukup.



semua akan berakhir
Tuesday 24 February 2015 • 22:08 • 0 comments




aku berpusing seolah-olah seperti penari ballet yang menari di dalam ball room.

aku menyanyi dengan penuh semangat seolah-olah aku berada di pertandingan American Idol.

kegembiraan menyelebungi diriku pada hari ini. entah mengapa aku rasakan begini, mungkin, tuhan maha adil, tuhan mungkin ingin memberi aku nikmat kegembiraan yang hanya seketika itu. dan apabila tuhan memberi ku rasa
pilu yang menyelebungi diri, aku tahu tuhan ingin tunjukkan aku yang kegembiraan telah pun berakhir. ini lah realiti, pahit manis kehidupan harus ditelan walaupun sukar. 

bak kata pepatah Inggeris
Life is like a box of chocolates. You don't know what you gonna get.

aku terus menari dan menyanyi untuk meraikan kegembiraan yang ku rasa walaupun tidak tahu apa sebabnya. ia akan terhenti apabila kegembiraan tidak dirasa lagi. 









kehilangan.
Thursday 25 December 2014 • 06:55 • 0 comments




aku ditinggalkan.
aku kehilangan.

cerita tentang aku dan sang arjuna.

tika kita berjalan di persisiran pantai,
pada awal perjalanan untuk ke hujung pantai, kau pernah berjanji tidak akan meninggalkanku.
dan aku pula, telah meletakkan segala harapan kepadamu.

aku buta dengan kasih sayang sehinggakan perkara yang melukakan aku, aku tidak pernah rasa, tidak pernah kisah, kerana tidak mahu kehilangan.

tiba-tiba, di pertengahan perjalanan yang belum sampai penamatnya, kau mula melepaskan tanganku. kau mula rasa rimas akan kehadiranku. aku cuba bertahan. tetapi, akhirnya kau yang membuat keputusan untuk pergi. walaupun kau tahu, kata-kata yang aku lafazkan, aku tidak maksudkan ia.

aku ditinggalkan di pantai itu seorang diri.
kau berlalu pergi tanpa toleh kebelakang.
kau dengar rintihan tangisanku tapi kau buat tak tahu.
kau tetap mahu pergi. 

oh, aku pegang pada janjimu hingga aku berfantasi tentang persisiran pantai. 

tetapi, bila aku kembali pada realiti, aku memang sendiri. sang arjuna memang ingin pergi. walaupun aku tidak mahu melepaskan. 

sejak itu, aku berjanji kepada diriku untuk tinggikan ke-ego-an aku.
sejak itu, aku berjanji kepada diriku untuk menanti kehadiranmu untuk kembali. 

tetapi, aku masih kehilangan. aku masih sendiri. aku tetap ditinggalkan. 

ya aku tahu terlalu banyak tetapi. 

jaga diri, sang arjuna.





gantung
Monday 22 December 2014 • 21:18 • 0 comments




kisah tentang penghidupan di ruang fantasi aku.

aku sedang duduk di satu sudut. di dalam bilik yang amat gelap. yang tidak bercahaya. yang tidak berkipas. yang kedengaran, hanya bunyi rintihan tangisan diriku sendiri. sambil aku menangis, aku bertanya kepada diriku sendiri, kenapa aku pilih untuk berdiam diri. barangkali, aku fikir aku sudah cukup matang untuk memegang hatiku sendiri. 

aku, tidak pernah minta untuk disakiti. aku, tidak pernah minta untuk disayangi.
kadang kala, sungguh aku kata, memang aku teringin untuk menikmati rasa disayangi. tetapi, itu cuma fantasi dalam fantasi di mindaku. 

aku masih di fantasi mindaku. aku masih terduduk di satu sudut di dalam bilik mindaku. aku masih tidak berhenti menangis. aku sedang mencari cebisan memori. aku sedang mencari jalan untuk ulangi segala memori. 

aku ingin mati. aku ingin teruskan kehidupan tetapi aku ingin hentikan keperitan hidup. terlalu banyak keinginan. pada aku, cukup jika aku hilang ingatan dan boleh mula semula kehidupan aku, tanpa kesakitan, tanpa kedukaan, tanpa harapan. 

aku masih lagi di fantasi mindaku. aku bangun dari satu sudut itu, aku mencari tali yang cukup boleh membuat aku pergi dari segala kedukaan dan kesakitan. aku gantung tali itu di kipas. aku mencari kerusi kayu untuk buat aku berdiri. aku fikir lagi. memang keputusan aku tidak salah. aku gantung diri. aku tidak boleh bernafas. air mata membasahi pipi ku. dan, aku telah pergi. segala luka terhenti.

---- bunyi ketukan pintu di kamar tidur aku cukup membuatkan aku tersedar yang aku hanya berfantasi, berimaginasi. 

hari seterusnya, aku berfantasi lagi. tanpa henti. 




lemas.
• 04:58 • 0 comments




lemas--
aku lemas dalam kesunyian.
aku lemas dalam kesepian.
aku lemas dalam lautan dalam.

hanyut--
aku hanyut dalam kesunyian.
aku hanyut dalam kesepian.
aku hanyut dalam arus lautan yang dalam.

mimpi--
aku masih bermimpi untuk kamu yang membantu aku.
aku masih bermimpi untuk kamu yang menghulur tanganmu.
aku masih bermimpi untuk kamu yang menemani aku
 
semuanya hanya mimpi. 
aku terus lemas.
aku terus hanyut.





lilin
Sunday 21 December 2014 • 19:46 • 0 comments




cliche bagi aku bila orang dah terlajak sayang, dia sanggup menjadi lilin menerangi orang lain, dan membakar diri sendiri.

cliche bagi aku juga, bila orang dah terlajak sayang, dia sanggup sakiti dirinya sendiri untuk orang orang yang dia sayang.

buat kali ketiga, cliche bagi aku juga, bila orang dah terlajak sayang, dia sanggup lakukan apa saja untuk orang orang yang dia sayang.

:::: ironinya, berhenti. berhenti menyakiti diri. bodoh. 




current feelings.
• 05:09 • 0 comments




senyum--
di sebalik senyuman,
tersembunyi segala tangisan.

air mata--
air mata berlinangan,
hesakan ku cuba disembunyikan,
sehingga kan sampai satu tahap,
aku ingin menghirup oksigen tuhan tetapi nafas sesak.

sesak ibarat malaikat maut ingin mencabut nyawaku. 
aku fikir, masaku sudah tiba. 
rupanya belum.
bererti, segala cubaan aku harus hadapi.

segala kesakitan ku dapat rasakan melalui rongga-rongga yang ada di dalam tubuhku.

kuat--
sejujurnya, memang aku tidak kuat.
berapa lama lagi harus aku kekal kuat seperti tiada apa yang berlaku?
berapa lama lagi harus aku kekal tersenyum?


jujur--
aku lemah,
aku tak sanggup menghadapi semua ini,
aku pasrah.

suatu hari, aku akan pergi. 
segala luka akan berlalu pergi.